Friday, 18 January 2013

tips how to study well (tajuk je english)

al maklum lah aku ni blogger baru so awal2 ni aku akan post mende2 simple yang korang sume pon dah tahu..just nak sharing je



Haaa macam ni la korang kalau dah nak dekat2 exam,,mmg stress abes..kadang2 rasa nak give up pon ada..(padah study last minit) so sebelom terlambat..and masih awal ni..aku nak bagi korang beberapa tips yang aku amalkan..(walaupun jarang buat at least buat jugak kan?)

1) gunakan masa awal pagi bagi sebaik baiknya


"Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah. Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya."
hmm nak tambah sikit..mmg kalau kita study awal2 pagi, mmg otak kita mudah nak faham and memahami sesuatu sebb menurut science,concentrated oxygen pada waktu pagi lebih tinggi so otak kita akan kenyang dengan oksigen mse waktu pagi (lepas suboh). lagi baik kalau korang bertahajud dulu baru study :)

2) Membuat nota ringkas atau 'mind map'

"Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk membolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda baca. Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda. Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah."
Cara ni paling senang and aku pasti ramai yg suka kaler2 kan? so kalau nak nota korang menarik..buat la colourful :)

Ini antara contoh mind map yang menarik..try this!

 
3) Mencuba soalan-soalan past year


"Pelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawa contoh soalan setiap hari. Ini akan membiasakan dirinya dengan corak soalan yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang hanya begitu kepada buku teks tidak akan lulus dengan cemerlang kerana mereka tidak biasa dengan corak soalan peperiksaan." 
Cara ni mmg berkesan..kalau korang selalu buat soalan@ past year,,korang dah boleh tackle apa soalan yg bakal kuar mse korang exam nnti..Insyaallah

4) Sentiasa bertanya kalau tak faham
 
"Dekatkan diri dengan guru dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menjawab kemusykilan anda. Biar pun anda sudah faham , anda masih boleh menanya. Ini akan menguatkan kefahaman dan ingatan anda. Anggapkan guru anda, kakak atau abang anda, kawan-kawan anda sebagai orang yang boleh membantu anda dalam hal ini."

okay, mmg ni selalu aku amalkan,,buakan apa kadang2 keberkatan guru diperlukan..jgn segan nak tanya guru/lecturer kalau tak paham,,semakin lama korang simpan apa yg korang x paham..makin membarahlah ia dalam diri korg..last2 korg gak yg susah :(

Hmmm...tu je la kott yg mampu aku share kat korg..sbnrnya banyak lagi tips yg korng boleh dapat..kat lecturer ke,internet ke library ke..tapi seriously yang 4 ni mmg selalu aku buat..ni pon paling basic je..kalau boleh korg praktik kan dari sekarang..renung2 kan dan selamat study!!

Thursday, 17 January 2013

ni blog pertama aku..harap korang support la ehh...yeahhh!!!!!!!